Bahasa Melayu

720by157-218-Content-Image-ECCAM-banner

“Esok Masih Ada”

Oleh Neil Howie

Tahun ini berbeza pada diriku kata dirimu walaupun kamu bangun setiap hari dalam kesakitan. Kamu melawat doktor dan diberitahu bahawa pemeriksaan badan perlulah dijalankan. Kamu menunggu, sepuluh hari kemudian iaitu sehari sebelum kamu kembali berkerja. Kamu melawat doktor sekali lagi berasa takut jikalau diberitahu tentang sebarang penemuan. Dalam masa lima minit, kamu diberitahu bahawa kamu mempunyai tumor yang besar. Pada masa itulah kamu benar-benar dalam ketakutan…

Begitulah bermulanya Januari 2014 untuk aku. Seminggu selepas pemeriksaan badan aku iaitu pada hari jadiku, aku telah pergi ke hospital untuk menjalani pembedahan yang besar. Aku telah diberitahu bahawa aku menghidapi kanser usus tahap tiga apabila keputusan biopsi aku dikembalikan pada bulan yang berikutnya. Dalam tempoh enam bulan yang seterusnya, aku menjalani rawatan kimoterapi. Aku menghabiskan masa selama tiga hari di hospital dan pulih dalam masa 10 hari pulak. Aku mengulangi rutin ini selama 12 kali.

Dalam masa itu, aku sedar betapa bertuahnya aku kerana mendapat sokongan daripada isteri dan keluarga, serta rakan–rakanku. Sokongan mereka sangat penting bagiku lebih-lebih lagi aku melalui kesukaran semasa berada di perantauan sejauh 2200km dari kampung halamanku.

Pada bulan April, semasa rawatan, aku menonton Maraton London. Aku mengambil keputusan jika aku pulih daripada penyakit ini, aku akan turut serta berlari dalam perlumbaan ini pada tahun berikutnya iaitu pada 26 April 2015. Aku tidak berlari tujuh tahun yang lalu maka ini merupakan suatu cabaran jika aku pulih kelak. Rawatan kemoterapi ini amat menyusahkan tetapi aku ingin menghadapinya dengan sikap yang positif. Aku bercakap dengan rakan-rakanku dan mereka menggalakkan aku untuk terus berfikir secara positif dan berfikir tentang matlamat hidupku. Aku dan rakan-rakanku telah merancang untuk membantu badan-badan amal, seperti EuropaColon yang banyak membantu pesakit kanser usus.

Pada akhir bulan Ogos keputusan rawatan kemoterapi aku telah selesai dan aku kembali hidup seperti biasa. Saya mula bekerja, selepas hampir tujuh bulan tidak bekerja. Aku juga telah mula berlari. Pada 5 minit permulaan berlari, aku hanya berlari dengan perlahan. Kakiku berasa sakit tetapi lama-kelamaan aku boleh berlari dengan lebih laju dalam jarak yang jauh. Aku juga telah memulakan pengumpulan derma bagi badan amal penyakit kanser usus sebagai sokongan bagi mereka yang tidak bernasib baik seperti aku.

Menjelang bulan Disember, saya telah mengadakan acara amal; malam bar, malam kuiz, gala makan malam dan majlis makan malam dengan hiburan. Beberapa ribu Euro telah berjaya dikumpulkan melalui kegiatan-kegiatan itu dan terjamin tempatku dalam penyertaan Marathon London. Aku juga kembali kepada rutin larianku. Setelah berjaya menyelesaikan larian separuh maraton di Ljubljana (hanya) pada bulan Oktober, aku kini mampu berlari sejauh 21km dengan lebih senang menjelang akhir tahun ini.

Pada hari jadi aku yang ke-45, tahun 2014, aku berada di hospital bersedia untuk menjalani pembedahan yang besar. Fikiranku dipenuhi dengan kekuatiran terhadap masa depanku. Setahun kemudian dari hari itu, aku berlari sejauh 15km sebagai latihan untuk persediaan larian Marathon London yang akan datang.

Hidup tidak selalunya semudah yang difikir. Pilihan yang mencabar kian berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Kita haruslah mengekalkan sikap positif dalam diri kita dengan bantuan keluarga dan rakan-rakan. EuropaColon merupakan sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada pesakit kanser usus bagi memastikan pesakit kekal positif dan terus hidup keesokan hari.

Kunjungilah laman saya di neil4bc.org.uk atau facebook.com/neil4bc.
Teks disediakan untuk Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal di Eropah – Mac 2015.